My Photo
Panggil je aku Ed atau Nabil untuk lebih machoo dan kacak.

03 March 2012

Tips Jimat cara aku



Memandangkan aku tengah pokai tahap kedana, aku kena bijak dalam menguruskan segala perbelanjaan aku termasuk duit makan, duit photostet\buku dan duit berjoli. Inilah dugaan paling besar sebaik kau menggalas tanggunjawab sebagai pelajar. Nak-nak yang boros macam aku. Cobaaan


So disini ingin aku lampirkan beberapa tips yang mujarab dari aku untuk lebih berjimat dalam perbelanjaan. Jimat cermat kan amalan mulia tapi jangan bakhil sangat!




1. Buat list barang-barang (Wajib)

First thing first. Sebelum berjalan menuju ke shopping mall or supermarket or vlaa vlaaa, you guys should list kan barang-barang yang mahu dibeli. Justeru itu, kita akan dapat cut our cost dan berbelanja dengan bijak. Kita seharusnya mendahulukan barang keperluan dan bukan kehendak kita. Kehendak kita tu kadang-kadang menjurus kepada nafsu kita je ye dak? Human being. Kita kadang lupa apa barang yang kita nak beli, so dengan membuat list adalah salah satu langkah selamat dari kita membazir membeli barang yang bukan-bukan (kehendak la).


2. Wang ringgit

Memandangkan kita dah list the things that we needed most, kita dah boleh bajet kos kan? Jadi, tak perlu bawa tunai sebanyak mungkin atau tak perlu withdraw sampai berjuta ribu. Sekali lagi, TAK PERLU! Kalau kita bawa tunai banyak, lain cerita. Panjang pula nanti payment bill. Lagi satu, elakkan penggunaan segala bagai kad lah. Makin boros nanti. So, simpan kad kredit bawah tilam okay.


3. Supermarket

Sekarang ni supermarket yang menawarkan harga murah-murah dah bersepah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Janganlah nak eksyen sangat beli barang-barang dapur kat Pavillion pula. TAK PERLU! Ukur baju di badan sendiri. Nak murah cari je dekat Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave dan lain-lain. Choose the best place yang kau rasa RM10 tu boleh dapat 10 barang. Tak semestinya tempat yang tak brand macam Pavi tu tak berkualiti ye dak?



Pilih molek-molek deh. Fikir dua tiga saat sebelum membeli.


4. Berani katakan TIDAK

Hah, pada siapa yang kuat berjoli (macam aku) lebih baik kau orang kurangkan. Misalnya, setiap kali hujung minggu kurangkan kadar kau orang keluar\melepak tak tentu hala. Setiap kali keluar mesti duit pun keluar kan? Duit transport, duit makan, duit bowling duit oh duit segalanya, Jadi, beranikan diri kau orang semua untuk berkata tidak keluar secara kerap tanpa tujuan yang munasabah. Lagi satu, kurangkanlah makan makanan segera seperti Kap Pe Ca (KFC dalam ejaan Jawi), Mim Kap Dii (McD) dan vlaa vlaa. Lagipun mahal juga harga makanan segera ni. Why not say NO to McD sekali sekala kan? Tak dosa. Badan sihat nanti tau!



5. Puasa

Last but not least, puasakan diri segala kemewahan dunia. Puasa kan diri dari bershopping membabi buta ketika sale, puasa kan diri dari makan sampai nak pecah perut, puasakan diri dari keluar melepak. Nescaya, bila kau puasa dari itu semua, alahai selamatlah Doit doit tuan puan sekalian.




Akhir kalam, tak berdosa pun nak berjimat. Nak kaya tak? Hah baik jimat.



teruja phone kamera Mijah boleh edit. :O (Jakun)

Inilah Mijah J, roomate cantik aku time matrik dulu-dulu




14 kata Ed Bijak:

amy syifa said...

zaman skrg duit mcm air je...
jom jimat! hahaaa..

.........cP~ said...

Salam.

sebenarnya berjimat ni kena dari awal-awal lagi. tapi ada orang berjimat bila dah sengkek je. mAsa tu makan maggi lorr.

suzie rahman said...

salam...ai dear..meh duk dgn suzie. suzie sebln nk kua rm50 pon pyh. mmg jimat. :) hihi

cik chopu said...

puasa tu memang salah satu cara paling efektif bila nk catu duit makan. hehe

Anonymous said...

gday lidieluvprince.blogspot.com owner found your blog via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your website http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer best backlinks Take care. Jason

dela said...

akak sllu niat nk jimat tiap2 bulan... tpi klau ikat kaki dri naik supermarket baru betul2 boleh jimat... camno tu.... :(

..cik gugu.. said...

mara aku da msuk *belagak sat .

kay_are said...

tak dinafikan, time student dulu.. beli ubat gigi pun g mid valley.. =P sekarang dah keje.. sume duit sendiri.. katekan tidak!!

Cik Retiss said...

x pernah pegang duit banyak2 lagi..sebab masih budak sekolah..hehe

semutsengal said...

dah pandai jimat ?


woooooo !

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

berjimat cerah masa depan.. bagus3.. =)

ILA HonEyBuNNy said...

baikkk....cuba untuk berjimat...sekarang asal dapat duit ja simpan asb...ehheh

Aien Not Alien said...

jimat-berjimat duit yang ada demi kegembiraan berterusan sepanjang semester...haha..

CheNamNam said...

hakak tetiap bulan niat nak berjimat tapi time dapat gaji terus lupa diri..cessss betul..tapi takper niat tuh dah ader lenkali leh cuba lagi...ekekeke...